Ordinan Darurat: Tindakan terhadap berita palsu, bukan kritikan, kata menteri

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata ordinan darurat bertujuan melindungi rakyat daripada tertipu dengan berita palsu. FMTNews OrdinanDarurat BeritaPalsu

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata ordinan darurat bertujuan melindungi rakyat daripada tertipu dengan berita palsu dan bukannya menyelamatkan kerajaan.

Beliau berkata penguatkuasaan ordinan itu sebaliknya hanya untuk menangani penyebaran berita tidak benar berhubung Covid-19 dan proklamasi darurat. “Penguatkuasaan ordinan ini tiada kena mengena dengan kita mahu mempertahankan atau melindungi kerajaan,” katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa tujuan utama kerajaan menguatkuasakan ordinan berkenaan adalah untuk menyekat kebebasan rakyat dan pemimpin politik daripada mengkritik.

Tambah Saifuddin, ordinan itu hanya untuk melindungi rakyat daripada tertipu dengan berita tidak benar sehingga tidak mahu mendaftar untuk pengambilan vaksin Covid-19 kerana tertipu dengan dakwaan vaksin buatan China menggunakan bahan haram atau vaksin daripada negara lain tidak selamat.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Lindungi rakyat, atau ... ... ...

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines