Nelayan ditahan langgar zon tangkap ikan

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

PelabuhanKlang Tiga nelayan ditahan di kedudukan 3.4 batu nautika barat daya Sungai Serdang Besar, Pelabuhan Klang, hari ini kerana melanggar zon kawasan menangkap ikan.

Nelayan berusia antara 38 hingga 42 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor pada 12.15 tengah malam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, nelayan berkenaan dikesan masih berdegil melanggar zon kawasan menangkap ikan dengan melakukan aktiviti menunda di bawah lima batu nautika dari pantai. "Anggota penguat kuasa APMM Selangor menahan bot nelayan tempatan Kelas B itu ketika pihaknya sedang melakukan pemantauan di sekitar perairan Sungai Serdang."Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Rosli berkata, mereka ditahan bersama ikan campur yang dianggarkan kira-kira 15 kilogram mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari lima batu nautika.Beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi APMM.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Padah tangkap ikan di pelantar minyakkotakinabalu Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima lelaki termasuk dua beradik kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan di pelantar minyak Tembungo, Kota Kinabalu, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

30 ditahan leka berparti langgar PKPB di IpohMenurut polis ada antara mereka pernah ditahan atas kesalahan melanggar PKP dan masih mengulanginya. FMTNews IPD
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Doktor ikan kelahMELIHAT kepada nilai dan potensi besar terhadap penternakan ikan kelah, seorang doktor perubatan menternak 10,000 ikan terbabit di kolam miliknya di Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu. ilmanthegreat rm800k doc ni invest bela ikan kelah, kaww kaww
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Kluster baharu di Kuala LangatHampir tiga minggu berada dalam zon hijau, KualaLangat kini diletakkan di bawah zon kuning berikutan tambahan 20 kes baharu Covid-19 semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bot ditemui berpusing tanpa pengemudikualakedah Nelayan dilaporkan hilang selepas bot fiber dinaikinya ditemui tanpa pengemudi di muara Kuala Kedah, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Dr Mahathir dan 4 ahli lain langgar perlembagaan parti, kata Muhyiddin | The Malaysian InsightTindakan itu menyebabkan keahlian mereka terhenti dan bukannya dipecat, kata Presiden Bersatu.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »