Mudahkan bantuan kepada peniaga baharu - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 58 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

RATA-rata mereka terdiri daripada golongan yang kehilangan pekerjaan dan cuba berniaga untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

KOTA TINGGI: Dianggarkan kira-kira 50 peratus penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Penawar, di sini muncul sebagai peniaga baharu selepas terkesan ekoran pandemik Covid-19 melanda negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang kehilangan pekerjaan dan cuba berniaga untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Oleh yang demikian, beliau meminta agar kerajaan mempertimbang meringankan permohonan bantuan dari agensi seperti Jabatan Pertanian bagi mereka yang baru memulakan perniagaan akibat kehilangan pekerjaan.

“Di kawasan DUN ini walaupun agak kecil tapi ramai pengusaha baharu, rata-rata mereka yang berhenti kerja akibat Covid-19 dan menggunakan platform ini dengan berniaga bagi mencari rezeki. Kita juga minta jika boleh ringankan lagi syarat, jika sebelum ini kena ada perniagaan baharu dapat bantuan, tapi perlu lihat juga jika pemohon adalah terdiri dari mereka yang terpaksa dan diberhentikan kerja jadi haruslah dipertimbang untuk bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan menyerahkan Sijil PKPJ kepada tiga usahawan di Felda Sungai Mas, Felda Semenchu dan Felda Air Tawar 1 di sini, hari ini. Turut hadir, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Mohd. Hafizh Hussain. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sulaiman calon KM, tiada istilah ketua sementara - Utusan DigitalSulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri dari BN jika parti itu berjaya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini. Analisis Bulan: Melaka adalah negeri yg paling muhibbah & harmoni di semenanjung. Rakyat Melaka perlu berwaspada dgn 'pendatang 2 bulan' yg bersikap 'pengacau najis' & suka buat hal. Jgn terkejut 1 hari nanti dia org akan minta tukar nama 'Johnnie Walker Street' SulaimanMdAli1 Rauf mmg suka Sulaimsn jd KM mudah bg beliau control jd puppet. Jd rakyat Mlka mahu KM mcmni Fikir2 lah. Kami perlukan calon sihat bebas penyakit 3 serangkai yang berpertimbangan waras mentadbir negeri.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

739 pegawai, anggota polis undi awal di IPK Melaka - Utusan DigitalSesi pengundian dilakukan pada empat slot waktu kehadiran ditetapkan iaitu pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tiga lelaki ditahan bersama 680kg daun ketum - Utusan DigitalPolis turut menahan 37 beg plastik hitam dengan setiap satu terdapat 50 bungkus plastik lutsinar mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 250 kilogram.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN Melaka: 25 peratus pengundi awal setakat 10 pagi - Utusan DigitalDijangka 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Gergasi Merah akan bangkit - Utusan Digital“Ketika di zaman saya, tidak ingat tahun berapa dan berdepan pasukan mana....kami pernah juga ketinggalan tetapi hanya 0-1 ketika bermain di tempat lawan. Bagaimanapun kami berjaya bangkit pada perlawanan ke­dua.' - SHAHRIL ARSAT
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Keterujaan Josh Gad untuk Olaf - Utusan DigitalSudah tentu saya sangat sukakannya sebab saya sendiri menjadi Olaf. Dapat membuka lembaran baru untuk watak ini yang sangat suka berimaginasi, penuh dengan kenaifan dan sangat polos namun bersungguh-sungguh...'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »