Modenas Bajaj Dominar 400 V2 lebih sporty

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 85 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 37%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KTM dan Bajaj telah melakukan kerjasama untuk menghasilkan jentera Bajaj Dominar 400 dan mungkin kerana terlalu suka akan teknologi motosikal daripada Austria ini, Bajaj telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada pemilik jenama KTM Global.

Diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih empat tahun lalu, motosikal yang asalnya daripada pengeluar motosikal terbesar di India ini, diketahui umum telah memplagiat jentera KTM DUKE 390.

Sekiranya perubahan muffler atau peredam bunyi ini dijadikan ukuran, sudah tentu ada sedikit pengubahsuaian atau penambahbaikan yang telah dibuati. Enjin Dominar 400 ini telah dipersiapkan dengan Dual Over Head Cams , yang menjanjikan kebolehan enjin lebih baik daripada V1. Tambahan pula dengan USD Fork yang sedikit sebanyak meningkatkan rupa paras DOMINAR V2 ini, saya mengharapkan ada sesuatu yang ‘ajaib’ dapat saya rasakan ketika sesi uji pandunya.

Kuasa pemberhentian juga dipertingkatkan oleh DOMINAR V2 ini apabila dilihat ‘meminjam’ terus sistem brek daripada KTM DUKE generasi pertama, iaitu penggunaan caliper brek jenis BYBRE . Kaliper Bybre model V2 ini dipasang selari dengan jejari roda bagi membolehkan penghasilan kuasa berhenti dengan lebih efisien.

Walaupun meter tidak dibekalkan dengan meter LCD TFT berwarna seperti KTM, ia masih mempamerkan meter digital dan mengekalkan dua meter yang diletakkan di lokasi berbeza. Penunjuk info terletak di atas tangki bahan api masih menunjukkan odometer , penunjuk waktu dan kedudukan gear, sementara meter di pemegang juga seperti model yang lama iaitu penunjuk RPM, kelajuan dan tahap bahan api dalam tangki.

Sepatutnya, Bajaj membawa masuk Dominar versi lasak untuk memberikan kelebihan terhadap potensi jualannya. Tambahan pula dengan keadaan sekarang, di mana masyarakat dengan mudah mendapat maklumat tentang varia yang terdapat di luar negara. Bajaj sendiri telah menunjukkan beberapa prototaip Dominar 400 versi ini yang saya yakin mampu menarik minat para pencinta motosikal tempatan. Namun, seperti saya sendiri, agak kecewa apabila varian yang dibawa masuk hanya Versi 2 daripada Dominar 400.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Penduduk simpan air kegunaan hari rayaPenduduk Kampung Kuala Segantang Garam, Rusni Mohd. Isa, 56, berkata, dia mula membasuh botol minyak masak dan bekas tong cecair pencuci untuk menyimpan air sejak seminggu lalu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Sukan SEA: Menteri harap atlet capai lebih dari 31 sasaran emasSukan SEA: Menteri harap atlet capai lebih dari 31 sasaran emas seagames malaysia hanoi 2022 msn kbs
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lebih empat juta tunai umrah semasa RamadanMenunaikan ibadah umrah semasa bulan Ramadan menjadi pilihan ramai apabila kehadiran lebih empat juta pengunjung direkodkan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRU15: Nak runding pilih Saifuddin, nak perang pilih saya, kata Rafizi | The Malaysian InsightIni kerana katanya Saifuddin lebih gemar dengan kaedah berunding berbanding menyerang lawan. fuhhhh.. Well said let the grassroots decide.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Langsir minimalis lebih elegan, jadi pilihan AdilfitriLangsir berkonsepkan minimalis paling laris di pasaran.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Balik Kampung: PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan sehariKetua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya mematuhi jadual jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di lebuh raya pada… Engkau org dah determine whether can balik kampong or not for Raya? These fellas bukan rindu kat kampong, they not sure whether there's anything to go back to!
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »