Migrasi 3G kepada 4G meningkat 130% - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 66 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Migrasi 3G kepada 4G meningkat 130%

PETALING JAYA: Kadar migrasi talian mudah 3G kepada 4G negara meningkat sebanyak 130 peratus, menurut laporan suku pertama program Jalinan Digital Negara .

Laporan yang dibentangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia itu menyatakan, migrasi tersebut melibatkan 629,018 pelanggan berbanding sasaran 562,490 pelanggan pada 28 Februari lalu.Laporan tersebut dibentangkan dalam mesyuarat antara urusetia Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik yang ditubuhkan di bawah Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri dengan kerajaan-kerajaan negeri mengenai inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, SKMM turut menyentuh tentang kos membina menara komunikasi dan struktur atas bumbung yang berbeza mengikut negeri serta jumlah aduan berkenaan liputan internet dalam tempoh Januari hingga Mac lalu mengikut daerah. Selain itu, kata beliau, berkenaan MyDIGITAL mesyuarat tersebut membuat keputusan untuk mewujudkan satu platform khusus bagi membolehkan inisiatif MyDIGITAL di peringkat kebangsaan dapat diterjemahkan serta diselaraskan melalui pelan strategik dan pelan digital setiap bagi mencapai aspirasi sama.

“Mesyuarat turut membuat keputusan supaya jurang pelaksanaan agenda digital anatar negeri akan dinilai dan dipantau melalui satu indeks pencapaian yang akan dibangunkan oleh EPU,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jualan Mah Sing dijangka meningkat kepada RM1.4b - Utusan DigitalJualan Mah Sing dijangka meningkat kepada RM1.4b
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Angka ingkar SOP meningkat - Utusan DigitalAngka ingkar SOP meningkat
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Indeks nilai seunit import, eksport meningkat pada Mac - Utusan DigitalIndeks nilai seunit import, eksport meningkat pada Mac
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Ethereum catat nilai tertinggi, meningkat 340% - Utusan DigitalEthereum catat nilai tertinggi, meningkat 340%
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »