Mercedes lancar kerusi pejabat AMG - berasaskan kerusi AMG Performance dalam kereta; RM16k - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 62 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Mercedes lancar kerusi pejabat AMG – berasaskan kerusi AMG Performance dalam kereta; RM16k

Bukan setakat keluarkan jentera, terkini Mercedes-AMG turut memperkenalkan kerusi pejabat AMG yang didakwa keselesaannya menyamai dengan tempat duduk AMG di dalam jentera prestasi model berkenaan. Kerusi pejabat ini diasaskan dari tempat duduk AMG Performance yang berada di dalam model kompak pengeluar terbabit, termasuk A 45 atau GLA 45 – dengan seberat 32 kg dan harganya setanding kualitinya.

Harga rasminya mencecah 3,500 euro dan ia dikeluarkan secara eksklusif, dengan 50 unit pertama diperuntukkan khas untuk ahli. Walau bagaimana pun, difahamkan pada masa hadapan, ia juga akan ditawarkan pada bukan ahli, tetapi jika anda ingin menjadi salah satu daripada pemilik bertuah ini, anda perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkannya.

Dengan harganya yang agak tinggi itu, kerusi pejabat AMG ini diberikan kulit buatan tangan Artico dangentian karbon Dinamica. Ia juga dipadankan dengan jahitan kontras merah, dan dilengkapi dengan lencana AMG. Walau bagaimana pun, ia tidak diberikan larasan kuasa seperti tempat duduk dalam model AMG, tetapi kerusi pejabat ini memiliki perehat tangan yang boleh dilaras ketinggian, kelebaran dan pangsinya secara manual. Manakala perehat kaki juga boleh dipanjangkan dan terdapat juga larasan untuk sudut kerusi serta bahagian belakangnya, selain dibaluti kusyen yang tebal dan selesa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.