Kesempatan kami untuk ke Melbourne, ibu negeri wilayah Victoria pada September tahun lalu bersama Ayyash Faruq Travel & Tours adalah pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.Sepanjang berada di sana, Great Ocean Road antara tempat yang sangat mengesani jiwa.
Pembinaan yang bermula pada 1919 dilaksanakan rakan tentera yang selamat pulang dari perang itu sebagai langkah untuk mengambil mereka bekerja semula dengan bantuan Dana Great Ocean Road. Ia kawasan tarikan pelancong berhenti mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan dan menjadi bukti kunjungan di situ.Di situ, kami dihidangkan dengan pemandangan lautan biru dan pantai yang indah sentiasa menghiasi pemandangan. Sukar untuk diungkap betapa hebatnya ciptaan Allah.Seterusnya kami berhenti sebentar di Kennett River untuk melihat koala dan berpeluang memberi makan kepada burung liar yang di situ.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke 12 Apostles yang menjadi kemuncak perjalanan kami di Great Ocean Road. Ia sebenarnya struktur gergasi batu kapur setinggi 45 meter di Lautan Selatan. Terdapat lapan struktur yang masih berdiri manakala bakinya sudah runtuh disebabkan hakisan angin.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »