Father, seorang rakan saya semasa kanak-kanak dan belum dibaptis, kerana ingin tahu, mengikuti Misa Kudus serta pergi menerima komuni. Apakah ini berdosa? - AdrianMengenai komuni, Gereja Katolik percaya dua hal: pertama, komuni mempersatukan kita dengan Tuhan, kerana yang kita santap adalah Tubuh dan Darah Tuhan sendiri.
Menyambut kali pertama adalah saat apabila kita diizinkan menerima komuni. Sebelum dapat menyambut Komuni, seseorang itu dipersiapkan melalui katekesis persiapan komuni pertama, biasanya setelah berumur tujuh tahun, agar memahami isi dan buah ekaristi itu . Apabila menyedari kita sedang menanggung dosa berat, kita harus mengakui dosa kita, sebelum atau segera sesudah menyambut Tubuh Kristus.
Bagaimana dengan orang yang tidak dapat menyambut Komuni? Biasanya disebabkan ada pelbagai situasi: kerana belum dibaptis , bukan Katolik atau umat Katolik yang masih kanak-kanak. Kesatuan penuh itu mencakupi kesatuan dengan uskup dan Bapa Suci, yang sering tidak diakui oleh anggota Gereja Protestan. Kerana kesatuan penuh ini belum tercapai, orang Kristian bukan Katolik belum dapat menyambut. Jadi hanya yang ada dalam kesatuan yang boleh menyambut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »