PETALING JAYA: Dua menteri menolak spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, beliau tidak pernah diberitahu sama ada Muhyiddin berniat untuk meletak jawatan.Sebaliknya, katanya, parti dalam komponen Perikatan Nasional terus memberi sokongan padu kepada Muhyiddin untuk menerajui negara. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof juga mengesahkan bahawa Muhyiddin tidak akan meletak jawatan serta-merta.
“Tidak betul. Perdana Menteri tidak akan meletak jawatan hari ini. Setelah mesyuarat Kabinet hari itu, semua ketua parti komponen mengulangi sokongan mereka kepada Perdana Menteri. “Saya tahu Muhyiddin, beliau tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya kepada negara. Ada proses dan prosedur yang tepat untuk mencabar sokongan Perdana Menteri dan itu adalah melalui Parlimen, jadi kita akan melihat apa yang terjadi nanti,” katanya.
Pertemuan itu menimbulkan spekulasi Muhyiddin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »