MBSA tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan atau diskaun kompaun sebanyak 50 peratus sempena Kempen Pengurangan Kompaun pada bulan Ramadan.

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam menawarkan pengurangan atau diskaun kompaun sebanyak 50 peratus sempena Kempen Pengurangan Kompaun pada bulan Ramadan.Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara jenis-jenis kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983 dan Undang-undang Kecil Taman 2005.

“Selain itu, kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Vandalisme 2005, Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 2007 turut diberi potongan yang sama. “Turut mendapat pengurangan 50 peratus ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Iklan 2007, Undang-undang Kecil Penjaja 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.“Dalam menggalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun, pihak MBSA juga turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel yang akan beroperasi setiap Sabtu di pasar raya terpilih.

“Orang ramai juga boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning, dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” ujarnya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.