Masjid berteknologi hijau dibuka di Perlis - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 57 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalan satu kenyataan memaklumkan, pihaknya membenarkan untuk mengadakan solat fardu dan solat Jumaat di bangunan baharu berkenaan dengan syarat-syarat ia hendaklah dilaksanakan oleh imam yang…

KANGAR : Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Jalan Kuala Perlis di sini, yang baru sahaja siap dibina dan bakal dilengkapi teknologi hijau dibuka untuk kegunaan anak kariah dan orang ramai bermula solat Subuh kelmarin.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalan satu kenyataan memaklumkan, pihaknya membenarkan untuk mengadakan solat fardu dan solat Jumaat di bangunan baharu berkenaan dengan syarat-syarat ia hendaklah dilaksanakan oleh imam yang dilantik oleh MAIPs. “Selain itu, kariah dan orang awam haruslah mematuhi garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis serta teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Masjid yang dicat berwarna kuning dan berkubah rekaan ala Rusia dengan pemandangan indah dan suasana tenang serta bakal dilengkapi teknologi hijau melalui kerjasama dengan Malaysian Green Technology Corporation dan Pusat Pengurusan Tenaga dan kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menyaksikan penyerahan surat kebenaran yang diserahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Takmir JAIPs mewakili Pengarah JAIPs, Ameer Ikhwan Zaini kepada Pengerusi merangkap imam masjid itu, Kamarudin Talib.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.