KUALA LUMPUR: Di sebalik kegawatan penularan wabak COVID-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Sementara 96 orang yang lain akan mengikuti program khas Projek Pembungkusan Sarung Tangan oleh Syarikat Top Glove Corporation Bhd. Program ini akan dilaksanakan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Ampang dan Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu . Walaupun Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa memberi jaminan 800 gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh PKP akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP, ia masih menimbulkan pelbagai kerisauan.
Tidak menolak kemungkinan jumlah gelandangan akan bertambah dalam fasa pemulihan Covid-19 di samping keadaan mereka khususnya gelandangan wanita tidak akan lebih baik apabila PKP berakhir nanti, profesor madya di Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rohaiza Rokis bagaimanapun menjelaskan ia semua bergantung kepada sikap gelandangan itu sendiri.
Menurut Rohaiza, ada sindiket yang menjadikan gelandangan wanita yang bekerja dalam sektor pembersihan, warga emas, dan mereka yang sukar mencari pekerjaan di pasaran buruh formal sebagai sasaran untuk dimanipulasi dengan pilihan pekerjaan yang terhad serta bekerja berjam-jam dengan gaji rendah. Namun yang lebih merisaukan ialah melibatkan krisis jangka panjang, di mana mereka akan terus menjadi gelandangan hampir seumur hidup mereka.
“Wanita yang tiada tempat tinggal sering menghadapi kesukaran untuk membesarkan anak mereka tanpa sumber pendapatan tetap. Oleh itu, jika masyarakat dapat menaja anak-anak mereka untuk pendidikan, ia akan mengubah hidup gelandangan ini,” jelasnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »