Maqis rampas herba China bernilai RM446,882.17.

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

johorbahru Sebanyak 4,881.50 kilogram ubatan herba dari China bernilai RM446,882.17 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, barang dagangan iaitu 'Medicinal Herbs' ditahan di laluan kargo import di Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, barang dagangan itu tidak mematuhi syarat import seperti ditetapkan pihaknya. "Hasil pemeriksaan rutin dilakukan pegawai Maqis mendapati barang dagangan seberat 4,881.50kg dianggarkan bernilai RM446,882.17. "Pemandu lori berusia 45 tahun yang membawa muatan itu dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.