Mangsa banjir di Terengganu lebih 300 orang

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualaterangganu Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat petang ini kepada 316 orang daripada 79 keluarga berbanding 192 orang daripada 57 keluarga pada 7.30 pagi

Sebanyak 15 PPS dibuka secara berperingkat bermula malam semalam di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu, Kemaman, Marang dan Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, Marang dan Besut menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu, manakala daerah ini mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 134 orang daripada 29 keluarga.Menurutnya, seramai 23 mangsa daripada empat keluarga di Marang mula dipindahkan kira-kira jam 4 petang dan mereka ditempatkan di SK Tasek dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang.

"Di Besut, seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Kampung Baharu, Kuala Besut," katanya ketika dihubungi, hari ini Che Adam berkata, Dungun membuka empat PPS untuk menempatkan 64 mangsa daripada 15 keluarga, iaitu di Dewan Sivik Seberang Pintasan, SK Tok Kah, SK Kampung Nyior dan Dewan Sivik Paka.Menurutnya, banjir di Kuala Terengganu bertambah buruk apabila dua PPS mula dibuka di SK Chendering dan SK Atas Tol untuk menempatkan 53 mangsa daripada 18 keluarga.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.