DI Malaysia dan beberapa negara lain seperti Indonesia dan Brunei, sambutan Maulidur Rasul atau Hari Kelahiran Nabi SAW diraikan pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah bertujuan mengingati dan menghayati kembali keagungan insan yang paling mulia ini dalam membebaskan manusia daripada akidah yang menyesatkan.
Wahyu menjadi landasan penting dalam membimbing dan memberi cahaya kepada akal manusia kerana pemikiran mudah terkesan dengan persekitaran mereka sehingga menjejaskan fitrah kepercayaan ketuhahanan dan boleh membentuk kepercayaan serta adat budaya yang mengandungi unsur khurafat dan kesesatan.Keperibadian baginda sarat dengan keteladanan dalam semua aspek kehidupan.
Penulis Barat seperti Michael H. Hart dalam bukunya 100 Most Influential People In The World menobatkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia dan menjadi pemimpin agung sepanjang zaman. Baginda mendidik dengan cahaya rabbaniah untuk melayakkan mereka melaksanakan sepenuhnya amanah dan sentiasa mengikuti jalan kebenaran dan berada di atas jalan yang lurus, sekali gus mengangkat ketinggian martabat manusia.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: Soya_Cincau - 🏆 16. / 55 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »