Mana kasih sayang anda?

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Minda Mutakhir ini semakin banyak kes penganiayaan terhadap haiwan dilaporkan berlaku di negara kita.

Malah, perlu diingat Tuhan mencipta manusia dan haiwan dengan tujuan tertentu yang ada peranan untuk saling melengkapi antara satu dengan lain.

Wanita itu dikatakan berang kerana kucing membuang najis di hadapan rumahnya. Dalam kejadian lain, seorang lelaki didapati merodok perut anjing jirannya manakala kita juga masih ingat kejadian seorang penganggur dihadapkan di mahkamah kerana melemaskan tiga kucing dalam mesin basuh di pusat dobi layan diri.

Walaupun ada kes di mana haiwan liar terutama anjing liar didapati mendatangkan ancaman kepada manusia terutama kanak-kanak, namun membalas balik dengan kekejaman seperti ini bukan jalan penyelesaiannya. Kebanyakan penganiayaan haiwan dilakukan orang dewasa, ini menunjukkan golongan dewasa masih tidak mempedulikan keperluan untuk menjaga dan melindungi kebajikan haiwan.

Jika anggota masyarakat sedar dan prihatin, tidak mungkin segala insiden yang dilaporkan itu akan berlaku di negara kita.Justeru, pendidikan berkaitan kesedaran melindungi dan menjaga kebajikan haiwan perlu diberi perhatian yang serius dan dipupuk sejak kecil jika mahu menangani masalah penganiayaan terhadap haiwan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.