Man United kedua popular, atasi Liverpool

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

london bolatime Manchester United mungkin tidak memenangi trofi Liga Perdana selama tujuh tahun, namun Red Devils membuktikan mereka adalah pemenang di media sosial.

Gergasi Old Trafford itu adalah pasukan sukan kedua paling popular di Twitter dengan LA Lakers yang dibarisi pemain berstatus bintang, LeBron James muncul pasukan paling popular.

Seteru utama Man United iaitu Arsenal, Chelsea dan Liverpool turut berada dalam kedudukan 10 pasukan popular yang mendominasi carta Twitter sepanjang 2020.Ketua Global Pengguna media sosial itu, Tracy McGraw berkongsi maklumat berkenaan. "Meskipun kebanyakan aktiviti sukan terhenti dan nampak berlainan apabila kembali semula, masih terdapat dua bilion tweets mengenai sukan.

"Dengan ketiadaan penonton dan larangan aktiviti sukan, orang ramai lebih gemar berkongsi pandangan di Twitter," katanya. Kemenangan dramatik La Lakers meraih gelaran NBA kali pertama selepas 10 tahun menarik perhatian pengguna di Twitter sekali gus muncul pasukan paling popular.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 9:01 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines