Malaysia-Singapura guna teknologi blockchain - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Perkara itu antara dibincangkan beliau semasa pertemuan bersama Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan sebagai sebahagian daripada rangka kerja lawatan rasmi ke Malaysia.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura menggunakan teknologi blockchain bagi tujuan pengiktirafan dan perakuan sijil vaksinasi yang dikeluarkan kedua-dua negara untuk pembukaan sempadan dua negara kelak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerjasama kedua-dua negara penting bagi memastikan piawaian yang ditetapkan termasuk daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia , Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan negara-negara lain diambil kira. “Kami antaranya telah berkongsi pengalaman dan amalan negara masing-masing dalam pelaksanaan program imunisasi Covid-19. Malaysia dan Singapura komited dalam meneruskan kerjasama erat bagi tujuan pemulihan pasca pandemik nanti,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam rangka kerja dua hari ke negara ini, Vivian mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Lawatan itu sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Singapura.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.