Malaysia bakal jadi hab penting pembangunan industri mineral, kata menteri

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 57 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia berdasarkan kajian awal Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang menganggarkan nilai sumber mineral negara berjumlah RM4.11 trilion. FMTNews ShamsulAnuarNasarah

Shamsul Anuar Nasarah berkata, walaupun nilai RM4.11 trilion hanya anggaran, hakikatnya Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi antara penyumbang utama kemajuan ekonomi negara.

“Walaupun nilai ini hanya anggaran, hakikat yang perlu kita ketahui adalah Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi sebahagian daripada penyumbang utama kemajuan ekonomi negara,” katanya. Beliau berkata, penekanan terhadap prinsip kebertanggungjawaban dan kemampanan dalam menjalankan aktiviti perlombongan, pengeksplorasian, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral akan dijadikan sebagai agenda utama kementeriannya supaya ia memberi impak langsung kepada rakyat serta tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar, biodiversiti dan hutan.

Ini merangkumi aktiviti seperti penilaian sumber mineral negara, pembangunan sistem pemantauan bersepadu lombong dan kuari, penarafan kemampanan industri perlombongan dan pengkuarian menggunakan kaedah Sustainable Development Indicators dan inovasi dan pengkomersilan produk mineral negara, katanya. Kerangka itu berasaskan kepada lima teras utama merangkumi tadbir urus dan perundangan, pembangunan rantaian nilai industri mineral, pemetaan dan inventori sumber mineral, teknologi dan inovasi serta pembangunan modal insan, katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Jangan pandai cakap je bro. Buat je. Kami nak tengok result cepat.

Nasib baik Smartphone aku turun dr langit, rumah aku muncul dari tanah. Kalau tak cmna la nak buat fon tanpa silicon, tanpa REE.. cmna la nak buat rumah tanpa limestone.. 😔😔

Ni semua nak menjahanamkan.. kecik² xnak mampos

Mining Malaysia to death....

Alasan nak tebang balak

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines