Majlis Ulama ketatkan pengambilan selepas Ahli Jawatankuasa Fatwa diberkas polis - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Didakwa menubuhkan pertubuhan amal yang menyalurkan wang kepada Jemaah Islamiyah (JI).

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia akan memperketatkan proses pengambilan ahli dalam usaha mencegah tindakan keganasan di negara ini.

Lapor Kompas.com, perkara itu menyusul selepas penangkapan ulama kanan Indonesia, Ahmad Zain An-Najah dan dua sekutunya yang didakwa menubuhkan pertubuhan amal yang menyalurkan wang kepada Jemaah Islamiyah . Ahmad Zain merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa MUI ditangkap oleh Pasukan Anti-Keganasan Polis Indonesia, Densus 88, di Bekasi, semalam.Pengurus Agensi Cegah Keganasan MUI , Muhammad Makmun Rasyid berkata, pihaknya akan melakukan usaha pembersihan ahli dalaman sekali gus memastikan proses pengambilan ahli MUI pada masa depan mengikut syarat ditetapkan.Katanya, MUI komited membanteras dan mencegah tindakan ekstremisme dan keganasan.

“Kedudukan Ahmad Zain tidak memberikan kesan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh MUI kerana dia hanya berstatus sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa yang tidak memiliki hak penuh dalam proses penghasilan fatwa,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.