MAIS sumbang RM50,000 urus jenazah Covid-19 - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 65 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 29%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah umat Islam dan perlu disegerakan setiap pengkebumiannya.

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menyediakan bekalan peralatan pengurusan jenazah seperti beg mayat dan kelengkapan perlindungan diri .

Menurut Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar, sumbangan itu disalurkan kepada Amal Valley Organization iaitu pertubuhan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk menguruskan jenazah Covid-19 di hospital-hospital di Selangor. Menurutnya, objektif sumbangan MAIS iTU sebagai satu sokongan kepada maslahah ummah Islam di negeri ini dalam menghadapi situasi getir penularan Covid-19 pada masa ini.“Oleh itu, sumbangan ini dapat melancarkan lagi dan meringankan beban pengurusan hospital bagi urusan jenazah pesakit Covid-19 yang berbeza pengurusannya dengan pengurusan jenazah biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya difahamkan kos minimum menguruskan seorang jenazah mangsa Covid-19 adalah sebanyak RM940.50 termasuk penyediaan satu beg mayat, tujuh set PPE untuk digunakan petugasMalah, pengurusannya pula tidak dilakukan seperti jenazah yang meninggal dunia berpunca daripada masalah lain, sebaliknya perlu dilakukan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman.

Dalam pada itu, Pengerusi AVO, Dr. Azfar Hussin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIS di atas kepercayaan yang diberikan dan sumbangan berikutan peningkatan kematian akibat Covid-19 menyebabkan sumber logistik semakin berkurangan. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

MDEC sasar tarik pelaburan digital RM50 bilion - Utusan DigitalInisiatif yang akan dilaksanakan sehingga 2025 itu dirangka berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Ada pihak kenakan bayaran tinggi urus mayat Covid-19 bukan Islam - Utusan DigitalBayaran dikenakan terlalu tinggi itu sesuatu yang tidak boleh diterima dan ia termasuk membabitkan pusat pembakaran mayat.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jangkitan Covid-19 dikaitkan pelabuhan ikan, ikan dicemari Covid-19? - Utusan DigitalUMluarnegara covid'Varian itu memiliki ciri yang mirip dengan yang telah kita lihat dalam kes lain yang dikesan dalam kalangan kes import dari Indonesia'.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Haji 2021: Tiada kes jangkitan Covid-19 - Utusan DigitalWHO turut memuji Arab Saudi dan wajar dijadikan contoh buat negara lain
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

RCI Covid-19: Perlu atau tidak? - Utusan DigitalRCI Covid-19: Perlu atau tidak? Tahun ni buat RCI pun tak guna, ... mereka masih kerajaan, tentu mereka 'betul'. RCI COVID-19 - Perbelanjaan dan Negligence, harus di adakan selepas PRU15
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Covid-19: 'Apa sahaja musibah, rujuk kepada Allah, melalui doa dan zikir' - Sultan Brunei - Utusan DigitalUMluarnegara VaksinKetuhanan Baginda juga menaruh keyakinan bahawa apa yang berlaku kepada Brunei adalah berpunca daripada keberkatan mendekati Allah. Terbaik
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »