Mahu Anak Muda Amal Tabiat Sihat, AIA Malaysia Lancar Program AIA Healthiest Schools

  • 📰 therakyatpost
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 59%

Malaysia Headlines News

Sebagai info Program AIA Healthiest Schools telah dilancarkan oleh AIA Group pada tahun 2022 dengan edisi pertama di empat negara di Asia.

AIA Malaysia pada 12 Oktober lalu telah melancarkan program AIA Healthiest Schools yang bertujuan menggalakkan tabiat hidup sihat dalam kalangan pelajar berumur lima hingga 16 tahun melalui pemakanan yang sihat, gaya hidup aktif, kesejahteraan mental serta kesihatan dan kelestarian di sekolah.

Menurut AIA, program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari sektor kerajaan, swasta dan antarabangsa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia Ben Ng, salah satu isu yang paling membimbangkan di negara kita ialah keadaan kesihatan kanak-kanak. “Kesihatan adalah aset terpenting kita dan disebabkan itu, amat penting untuk kita memastikan bahawa generasi akan datang berpeluang menjalani kehidupan yang lebih sihat, ceria dan bermakna. Program AIA Healthiest Schools akan memperluaskan usaha advokasi dan tanggungjawab sosial kami dalam membantu kanak-kanak menjadi versi terbaik diri mereka. Kami berharap para guru dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan mengambil bahagian secara aktif dalam program ini,” tambahnya.

Program AIA Healthiest Schools turut merangkumi pertandingan bagi menggalakkan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk berkongsi pencapaian dan kejayaan mereka dalam meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan pelajar.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 14. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.