Mahkamah Seremban, Kuala Pilah ditutup dua minggu

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

seremban Kompleks Mahkamah Seremban dan Mahkamah Kuala Pilah ditutup sementara berikutan 16 Orang Kena Tahan (OKT) yang dibawa ke mahkamah terbabit disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, 22 OKT dibawa ke mahkamah terbabit pada 7 dan 8 Januari lalu sebelum 16 daripadanya disahkan positif Covid-19.

"Saya menerima laporan berkenaan 16 OKT terbabit didapati positif Covid-19 di Kompleks Mahkamah Seremban 2. Dimaklumkan, ada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang hadir ke Mahkamah Kuala Pilah untuk pertuduhan kes positif Covid-19."Disebabkan itu, semua Kompleks Mahkamah Seremban dan Kuala Pilah ditutup selama dua minggu untuk tujuan sanitasi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata, beliau meminta Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk menyiasat kes berkenaan dan menyertakan maklumat terkini berkenaan isu Covid-19 di kedua-dua kompleks mahkamah terbabit. Beliau menasihatkan semua rakyat di negeri ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan oleh kerajaan bagi melandaikan penularan Covid-19.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.