Lelaki semutar hitam

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 60 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Lelaki semutar hitam

Ketika matahari menanjak langit timur perlahan-lahan, dia berdiri tegap menghadap tubuhnya ke arah bola api yang garang itu. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Barangkali menyusun mentera hulubalang berkacuh panglima. Atau barangkali juga membangkitkan ayunan ayat asal keturunan haluan hulubalangnya. Dia meraup cahaya matahari tajam itu kemudian menyumbatnya ke dalam lorong pandangannya.

Kenapa sawah padi yang menjadi rumah rezeki orang kampung itu mesti diserahkan kepada bajingan bertopi kelabu? Kenapa sungai yang jernih dan dihuni ribuan haiwan sungai itu mesti jadikan pusaka bajingan? Dia terus melunjurkan kakinya. Berpusing ligat di atas hujung tumit yang keras seperti kayu cengal itu, dia pantas menikam angin puluhan kali. Kiri kanan, belakang depan, tikaman itu dipersembahkan dengan jitu pengalaman. Gagah dan bersemangat! Ada tikaman Hang Tuah dalam tangan kanan. Ada tikaman Dato’ Maharajalela dalam tangan kiri. Ada libasan Mat Kilau dalam kaki kanan. Libasan Tok Gajah, Tok Janggut dalam kaki kiri. Ada juga langkah harimau daripada lelaki sembilan siulan.

Di situ kasih sayang dan ukhuwah orang kampung terukir indah dan di sawah itu jugalah gubuk rezeki anak-anak kampung berhati waja. Dan hari ini, tanah sawah itu bakal dirampas! Pusaka itu bakal menjadi milik petualang! Lama melakar kisah, menumbuk ketumbar kenangan, menyobek tauladan, akhirnya sahabat berkata, “selagi angin tidak berhenti bertiup, selagi kedengaran lengkingan daun-daun bersentuhan juring, selama burung-burung terus bernyanyi, selagi itulah perjuanganku tidak surut!”

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis buru lelaki ugut pemandu wanita | The Malaysian InsightPemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata insiden itu berlaku pada 5.45 petang ketika mangsa berusia 35 tahun sedang memandu sebuah kereta Perodua Axia berseorangan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Lelaki pecah cermin kereta diburu polis“Mengikut keterangan mangsa, dia memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia seorang diri sebelum dihimpit sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu suspek kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin. Biar demo ghaso suasano lokap deh.. Tau takut … tak berbaloi jg samseng … masuk lokap tau la ko ..
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Merqeen tersenarai 100 Lelaki Terkacak 2022Merqeen tercalon disamping bintang antarabangsa seperti Liam Hemsworth, Suga BTS, Hitrik Roshan dan ramai lagi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lelaki mabuk difitnah kanak-kanak 7 tahun bunuh adikSeorang lelaki tidak semena-mena disoal siasat polis selepas didakwa membunuh kanak-kanak lelaki dengan melemaskannya di dalam sungai.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Penghantar makanan, 3 lelaki dituduh rogol pelajar | The Malaysian InsightSeorang remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Lelaki dakwa disamun rupanya cuba bunuh diri'Kira-kira pukul 8.30 pagi, anggota Balai Polis Batu Kikir menerima makluman daripada orang awam yang menjumpai mangsa dalam keadaan tidak berpakaian selain terdapat kesan cedera melecur pada bahagian badan, di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit…
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »