Lelaki sejati

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 99 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 43%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Lelaki sejati

Mata Sui Sian membelingas melihat persekitarannya. Pelanggan yang masuk ke restoran itu semakin banyak. Ada datang bersendirian, ada bersama kawan-kawan, dan ada diiringi ahli keluarga. Maklumlah, hari itu adalah sambutan ulang tahun restoran itu. Jadi, pihak pengurusan restoran mengadakan jamuan bufet dengan harga istimewa. Tujuannya sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia.

“Terima kasih kerana puan sudi berkongsi meja dengan saya. Hari ini pelanggan melimpah-ruah. Pastilah kerana harga tawaran istimewa menjadi punca tarikannya,” kata Hua Min. Dia berusaha memecah ais pertemuan dan menghangatkan perbualan. Dia nampak ceria dan bersemangat. “Oh, begitu! Lain kali kalau saya hendak mengiklankan projek perumahan atau komersial, bolehlah saya menghubungi puan,” kata Hua Min, tersenyum-senyum.

Sui Sian bersandar di kerusi. Dalam zaman pertengahan umur ini, dia masih hidup membujang. Masih sebatang kara. Rakan-rakannya hampir semuanya sudah mendirikan rumah tangga. Malahan sudah menimang cahaya mata. Kebahagiaan hidup begitu belum terjangkau dan terasa olehnya. Sui Sian mengeluh. Dia anak yatim piatu. Sekurang-kurangnya itulah yang dimaklumkan kepadanya oleh ketua rumah amal tempat dia diasuh dan dibesarkan. Dia juga tiada saudara-mara. Mujur juga ada rumah amal yang sudi menerimanya.

Satu pagi Sabtu beberapa minggu kemudiannya, Sui Sian dikejutkan daripada tidur oleh jeritan telefon. Sui Sian hairan. Siapakah yang menelefonnya pagi-pagi hari begini? Hatinya menyumpah. Dengan malas, Sui Sian mengangkat telefonnya.“Ya, selamat pagi,” jawab Sui Sian. Entah apa sebabnya, dia tidak pula marah, apabila mendengar suara Hua Min.

Hubungan rapat antara pasangan teruna dara tidak dapat tidak akan mencetuskan pertanyaan tentang nasib dan masa depan bersama-sama. Sui Sian ingin mendapatkan kepastian daripada Hua Min. Hidup bagaikan roda putaran. Ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah. Suatu hari Sui Sian mendapati Hua Min bermuram durja. Dia lebih banyak berdiam diri. Tidak lagi ceria, seperti selalu.

“Sebenarnya begini. Syarikat hartanahku mengalami kerugian teruk. Ada pekerja aku berbuat khianat. Dia melarikan wang tempahan rumah banyak pelanggan, dan aku terpaksa mengganti wang itu. Kalau tidak, aku akan dihadapkan ke mahkamah, dan syarikat aku pasti lingkup!” kata Hua Min.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lelaki tipu enam kontraktor lebih RM700,000 ditahan | Harian MetroKota Kinabalu: Kontrak bernilai jutaan ringgit membabitkan projek penukaran lampu jalan LED seluruh Sabah dan projek pembersihan serta pembinaan bangunan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Tiga lelaki ditahan bersama 77 mesin bitcoin | Harian MetroKuala Lumpur: Sebuah premis di Metro Prima, Kepong diserbu polis kerana menjalankan kegiatan perlombongan mata wang digital bitcoin secara haram, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Mayat remaja lelaki ditemukan dengan kecederaan kepala | Harian MetroSubang Jaya: Mayat seorang remaja lelaki ditemukan orang awam di depan kedai di Jalan SS 14/2, di sini, pada 11 malam Rabu lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Polis tahan 3 lelaki, rampas dadah lebih RM1.5 juta | The Malaysian InsightSindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu dan menjadikan unit kondominium sebagai tempat simpanan dadah.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Hotel terbakar, lelaki nekad terjun dari tingkat tigaDi tingkat satu sahaja, 12 orang mangsa terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak diselamatkan sementara seorang lelaki terjun dari atas.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Padah bercinta dengan lelaki baran | Harian MetroTumpat Hanya kerana enggan membelikan teman lelaki makanan dan rokok menyebabkan seorang wanita dipukul dengan topi keledar serta dicakar pada muka di sebuah kampung, di sini, semalam. Ingat! lelaki baran memang tak guna.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »