Lelaki OKU rentung dalam kebakaran

  • 📰 theSundaily
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Jalan Kampung Pisang, Air It...

: Seorang lelaki warga emas kurang upaya ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Jalan Kampung Pisang, Air Itam, dekat sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata identiti mangsa berusia 60-an yang ditemukan di dalam bilik satu daripada rumah yang terbakar itu, masih belum dikenal pasti. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada 3.44 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati dua buah rumah kampung yang terletak bersebelahan telah terbakar dan api ketika itu sedang marak sebelum kami bertindak menjalankan kerja pemadaman kebakaran tersebut,“ katanya di sini hari ini. Katanya, kebakaran itu memusnahkan dua buah rumah setingkat yang setiap satu berkeluasan kira-kira 1,250 kaki persegi.Menurut jurucakap itu, kebakaran dikawal sepenuhnya pada 4.28 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 25. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Warga emas OKU rentung dalam kebakaran rumahWarga emas OKU rentung dalam kebakaran rumah
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lelaki ditemukan rentung dalam keretaSeorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini, awal pagi tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Mayat lelaki rentung dalam kereta tiada unsur jenayahMayat lelaki rentung dalam kereta tiada unsur jenayah
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Hilang 3 hari, mayat lelaki ditemui dalam paritPolis berkata, mangsa dipercayai Muhammad Nazrul Aziz, 20, berdasarkan pengecaman awal oleh keluarga melalui pakaian, jam, telefon bimbit dan motosikal.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Tempurung kepala lelaki rompong akibat strok kronikSeorang bapa yang satu pertiga daripada tempurung kepalanya dikeluarkan akibat strok kronik kini kembali mempunyai 'kepala yang sempurna'.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lelaki curi peralatan audio sebab ‘suka menyanyi’ dijel setahunKota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 46 tahun yang mencuri satu set pembesar suara dan dua unit mikrofon kerana dia suka menyanyi, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2,000 atau penjara empat bulan.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »