Lelaki bawa 158kg daun ketum parah kemalangan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 47 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Suspek masih dirawat di hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, lelaki berusia 24 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios cedera pada kepala, dada dan kaki selepas tersepit di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu memandu kereta dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang. Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu suspek dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Pemeriksaan lanjut di dalam but kereta yang dipandu lelaki itu telah menemukan sebanyak 158 kilogram daun ketum. Siasatan mendapati kesemua daun ketum yang ditemukan itu bernilai RM4,740,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Choon Foo memberitahu, pemandu kereta jenis Honda City patah tangan kanan dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 30 Akta Racun 1952,” jelasnya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Paling kurang 10k nilai daun tu,,,

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lebuh Raya Kuala Lipis-Gua Musang, tiga negeri terlibatLebuh Raya Kuala Lipis-Gua Musang, tiga negeri terlibat
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lelaki ditahan bantu siasatan ugutan guna pisau, pedang | The Malaysian InsightKejadian berpunca apabila berlaku salah faham mengenai harga penjualan minuman.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Jumlah penduduk Bumiputera dianggar 21.13 juta tahun ini | The Malaysian InsightJumlah penduduk lelaki ialah 10.69 juta mengatasi perempuan dengan 10.44 juta dengan nisbah jantina adalah 102 lelaki berbanding 100 perempuan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

‘Harap kerajaan atasi masalah telur’GUA MUSANG: Penduduk terus mengeluh kerana tiada bekalan telur ayam dalam pasaran di daerah ini walaupun beberapa kawasan lain di negeri ini sudah tidak lagi berdepan dengan masalah itu terutama di pasar raya. Muga kerajaan Perpaduan dpat atasi masalah telur ini dgn segera.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Individu berkerusi roda kena saman letak kereta di petak khas - pelekat tidak seragam jadi punca - paultan.orgSemalam tular satu video menunjukkan seorang lelaki berkerusi roda mendakwa beliau dikenakan saman akibat meletakkan kenderaan di dalam petak khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Dapat dilihat juga, kenderaan beliau mempunyai pelekat OKU di bahagian …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »

Jumlah penduduk Bumiputera dianggar 21.13 juta tahun ini | The Malaysian InsightJumlah penduduk lelaki ialah 10.69 juta mengatasi perempuan dengan 10.44 juta dengan nisbah jantina adalah 102 lelaki berbanding 100 perempuan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »