PETALING JAYA: Isu saman bekas jurulatih Jaguh Asia, Indra Wijaya terhadap bekas anak buahnya, Lee Zii Jia kembali bertiup kencang apabila pengurusnya, Lee Zii Yii mengesahkan pihaknya sudah pun menerima surat daripada pihak Indra.
“Benar saya boleh sahkan pihak kami sudah menerima surat daripada bekas jurulatih, Indra Wijaya, tetapi apa yang terkandung dalam surat tersebut sama ada surat saman atau tidak, saya tidak tahu. Indra melepaskan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan pada Februari tahun lalu, selepas berjaya membimbing Zii Jia meraih gelaran Juara Asia serta Juara Terbuka Thailand.
Bagi Zii Jia, dia enggan memanjang isu ini sebaliknya memberi tumpuan kepada persediaan skuad negara yang akan menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 14 hingga 19 Februari depan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »