Lebih 300 pekerja AirAsia bakal dihentikan perkhidmatan

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur Lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, pemberhentian yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman tengah hari tadi, dijangka membabitkan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

"Semua yang terbabit dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. AirAsia juga menjanjikan pampasan kepada semua yang terbabit," menurut laporan itu. Selain tidak mempunyai pelbagai pilihan dalam memastikan AirAsia terus beroperasi seperti sebelum ini, Riad berkata, penstrukturan semula organisasi dilihat sebagai alternatif yang boleh diambil buat masa ini kerana situasi dihadapi kini adalah amat sukar.

Laporan itu turut menyatakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X turut akan melakukan pengurangan tenaga kerja, termasuk pekerja asing. Bagaimanapun, tiada jumlah sebenar petugas yang diumumkan dan pemberhentian tersebut bakal membabitkan tenaga kerja pelbagai sektor termasuk pengurusan, operasi, kru dan juruterbang.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

SalmiahAziz Bertabahlah...

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Perodua sold 7,886 vehicles in May, announces Raya promo with up to RM1,300 cash backRAWANG: Perodua has announced that it managed to sell 7,886 vehicles at the close of the month of May. This brings its year-to-date (YTD) sales total to 52,920 units against an estimated YTD total industry volume of 129,401 units - netting the company a 41% YTD market share. “The ongoing COVID-19 situation has had a significant impact on car sales in Malaysia over the past two months, but we are thankful that in just three weeks since we restarted operations nationwide, we have managed to come close to the level of our March figures pre-Movement Control Order (MCO),” said Perodua president and chief executive officer Datuk Zainal Abidin Ahmad...
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

Lebih 16,700 pekerja industri pelancongan di Jepun hilang kerjaLebih 3,700 pekerja hotel diberhentikan, 2,287 petugas syarikat mengendali bas pelancongan dan teksi serta 2,122 kakitangan sektor berkaitan ditamatkan perkhidmatan. FMTNews NHK 😩seluru dunia..merasa
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Negara bakal saksi perubahan sasar pengambilan pekerja asingPutrajaya Negara bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pascapandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Pemberian tunai secara 'one-off' tidak berkesan, kata MTUC kepada kerajaan | The Malaysian InsightMTUC cadang elaun bulanan sebanyak RM1,000 untuk setiap pekerja miskin, dan juga skim subsidi gaji bagi berpendapatan lebih RM4,000.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

170 juruterbang dan 3,000 anak kapal AirAsia dijangka hilang kerja, kata sumber | The Malaysian InsightAirAsia sedang dalam proses penstrukturan semula syarikat bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19. SharaadKuttan Sad news indeed due to the impact of covid-19! Any indication from Malaysia Airlines?
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Syarikat tak boleh arah pekerja jalani kuarantin, kata menteri | The Malaysian InsightMajikan juga tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »