LCS: Saya takkan lari, sedia didakwa di mahkamah - Hishammuddin

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 29 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Siapa yang salah tetap salah. Kita mahukan ketelusan dan keadilan. Itupun kehendak saya.'

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedia dihadapkan ke muka pengadilan jika didapati melakukan salah laku dalam isu pembinaan kapal tempur pesisir pantai .“Saya memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan, tidak terlintas di hati kecil saya nak lari daripada mewarisi dosa orang lain. Ia datangnya daripada tanggungjawab yang saya pikul hari ini.

“Saya tidak terkecuali tapi mesti melalui proses. Ini sekiranya ada unsur-unsur melibatkan diri saya sendiri, saya terpaksa berdepan, mungkin orang pertama didakwa ke mahkamah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi perbahasan usul projek LCS di Dewan Negara hari ini. “Kalau hanya polemikkan isu ini, tak ada kesudahan. Saya takkan toleh ke belakang, saya tak bimbang. Sebagai menteri, saya dah cuba bentangkan apa yang terbaik, insya-Allah kalau kita dapat buktikan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya mengikut jadual, kita akan dapat kapal pertama.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.