Lapan individu dikompaun, bukan 40

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 26 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

taiping Masih ada penduduk daerah ini gagal mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan apabila lapan ditahan kerana tidak mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau buku catatan.

Mereka dikesan dalam operasi pematuhan di sebuah pasar sehari dekat Plaza Perbandaran Taiping di Jalan Chun Thye Ping di sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kompaun dikeluarkan masing-masing kepada tiga lelaki dan lima wanita berusia antara 44 hingga 73 tahun.

"Kompaun dikeluarkan mengikut Subseksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam kenyataan, hari ini. Osman menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya lebih 40 kompaun dikeluarkan dalam operasi itu, selain menasihati pengguna media sosial agar tidak berkongsi maklumat salah yang boleh mengelirukan orang ramai.

Terdahulu, operasi lebih tiga jam itu membabitkan 12 pegawai dan anggota serta dibantu empat penguat kuasa Majlis Perbandaran Taiping .

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.