Guamusang, 'Orang Asli', 'Kampung Pelug', 'Perintah Kawalan Pergerakan', 'Lancar Tabung Kilat'

Guamusang, 'Orang Asli'

Lancar kutipan untuk bantu Orang Asli

SIMPATI dengan nasib masyarakat Orang Asli di Kampung Pelug, Gua Musang yang kehabisan bekalan makanan, seorang penduduk melancarkan kutipan wang bagi membeli barangan keperluan harian.

10/4/2020 1:51:00 PM

guamusang Bantuan itu dibuat Nur Amalina Ismail, 28, menerusi media sosial sejak minggu lalu kerana menyedari penduduk kehabisan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh bekerja.

SIMPATI dengan nasib masyarakat Orang Asli di Kampung Pelug, Gua Musang yang kehabisan bekalan makanan, seorang penduduk melancarkan kutipan wang bagi membeli barangan keperluan harian.

Nur Amalina yang berkahwin dengan jejaka suku kaum Temiar, Mohd Fardhu Angah, 30, berkata dia berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM4,000 dalam tempoh empat hari.Katanya, dia bersama suami dan beberapa penduduk kemudian membeli barangan keperluan harian untuk diagih-agihkan kepada 65 keluarga di kampung itu.

Ziarah Aidilfitri sudah tak dibenar Guna dron pantau kampung Syawal paling bermakna

“Kebanyakan penduduk yang menerima sumbangan ini begitu gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang.“Majoriti penyumbang tidak dikenali kerana saya lancarkan kutipan menerusi laman sosial dan ramai yang prihatin menyebarkan perkongsian itu,” katanya yang berasal dari Bunut Payong, Kota Bharu.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia juga bercadang membuat agihan baki sumbangan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Tuel kerana turut berada dalam keadaan terdesak.Menurutnya, pihak berwajib turut menghantar bekalan makanan, namun tidak mencukupi dan menyeluruh.

“Saya bersimpati kerana ada antara mereka catu makanan, ada yang hanya bersarapan dengan air masak, makan tengah hari hanya nasi kosong bersama sayur dan malamnya nasi goreng kosong.“Memang saya turut merasai sendiri kesusahan mereka kerana menetap di kampung ini sejak tujuh tahun lalu dan boleh membantu setakat yang mampu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 6:42 PM

Read more: Harian Metro

Bantu masyarakat orang asli je..masyarakat bukan orang asli tak payah bantu mcm tu ceritanya..

Second food aid basket to Orang Asli to start on April 10 | Malay MailKUALA LUMPUR, April 8 — The second phase of the Food Basket Aid to 55,000 heads of households in the Orang Asli community involves an allocation of RM6 million will start on April 10, said Rural Development Minister Datuk Abd Latiff Ahmad. Abd Latiff said the second phase aid was a repeat of the...

Transport, manpower woes hindering aid reaching Orang Asli | The Malaysian InsightTribes in Perak, Pahang and Kelantan facing food shortages while department try to resolve major logistics issues.

Selangor allocates about RM300,000 to help Orang Asli during MCOCORONAVIRUS | Essential goods such as rice, flour, cooking oil, sugar to be given to 22,992 Orang Asli in the state, says Hee Loy Sian. Malay-Islamofascists and their running dogs who have now got themselves appointed as PM and Ministers by the Agong stole the whole country of Malaysia from this people and now they are throwing chicken feed at them. Watch:

Selangor gives Orang Asli households RM297,000 | The Malaysian InsightEssential goods, such as rice, flour, cooking oil and sugar, to benefit 22,992.

Orang Asli tidak terpinggir semasa PKP, kata Ismail Sabri | The Malaysian InsightSegala bantuan kepada hampir 50,000 isi rumah Orang Asli disalurkan melalui Jakoa.

Orang Asli not sidelined during MCO, says senior minister | The Malaysian InsightIsmail Sabri says aid totalling RM5 million are being dispensed to almost 50,000 Orang Asli households.