Lagi kilang sarung tangan gagal sedia kemudahan asrama pekerja asing

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Hasil tinjauan juga mendapati kesesakan dalam bilik asrama dengan unit yang sepatutnya untuk dua orang dihuni lebih daripada empat orang. FMTNews SarungTangan PekerjaAsing

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JTK Semenanjung Malaysia, Zaini Yaacob bersama pegawai penguat kuasa JTK melakukan pemeriksaan di asrama pekerja asing sebuah kilang sarung tangan dekat Kampung Acheh, Sitiawan hari ini.

Antara kesalahan yang dikesan adalah tempat tinggal melebihi kapasiti ditetapkan dan gagal mendapatkan perakuan penginapan untuk asrama yang disediakan kepada pekerja. “Selain itu kami juga mendapati ada katil diletakkan di ruang rehat sedangkan katil sepatutnya diletakan dalam bilik dan ia jelas melanggar peraturan di bawah akta berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tiga jam di sini.

Zaini berkata, kesalahan lain adalah tidak menyediakan katil dan tilam yang sesuai, menjadikan ruang rehat sebagai tempat memasak selain gagal menyediakan ruang simpanan barangan peribadi untuk pekerja.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Kilang apa ni? Kenapa skg x berani dedah nama? Media bacul ke

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines