PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2022, susut 18 peratus atau RM8.71 bilion berbanding RM48.02 bilion dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.
“Namun, di sebalik cabaran ini, pendekatan pelaburan KWSP yang berdisiplin, berpandukan Alokasi Aset Strategik yang mantap dan pengurusan portfolio yang aktif, membantu mengurangkan impak dan membolehkan KWSP memberikan prestasi yang stabil didorong oleh lonjakan kukuh dalam pasaran domestik,” katanya dalam kenyataan.
Ekuiti persendirian, yang merupakan sebahagian daripada kelas aset ini berjaya memberikan pendapatan direalisasi yang memberangsangkan sebanyak RM1.09 bilion atau 20 peratus daripada jumlah pendapatan ekuiti yang dicatatkan pada suku tahun tersebut. Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.67 bilion, manakala pendapatan daripada instrumen pasaran wang menjana RM0.39 bilion, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan untuk kelas aset ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »