Kutipan hasil PBT Johor menurun ekoran pengecualian pembayaran - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 55 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengecualian itu termasuk bayaran lesen penjaja pada tahun lalu dan bayaran lesen penjaja serta peniaga PKS tahun ini.

ISKANDAR PUTERI: Pengurangan kutipan hasil lesen direkodkan semua 16 pihak berkuasa tempatan disebabkan beberapa langkah pengecualian yang dilaksanakan untuk membantu rakyat ketika pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, pengecualian itu termasuk bayaran lesen penjaja pada tahun lalu dan bayaran lesen penjaja serta peniaga perusahaan kecil dan sederhana tahun ini.“Pada 2020, jumlah kutipan hasil lesen PBT Johor adalah sebanyak RM64,029,472.91 manakala kutipan hasil lesen bagi tahun ini sehingga 31 Julai lalu adalah sebanyak RM 32,902,589.71.

“Penurunan kutipan hasil lesen di PBT Johor disebabkan pengecualian bayaran lesen penjaja pada tahun 2020 dan pengecualian bayaran lesen penjaja dan peniaga PKS pada tahun ini. “Selain itu, PBT juga tidak mengenakan sebarang denda lewat atau kompaun kepada mana-mana peniaga yang lewat atau gagal memperbaharui lesen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan serta Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chew Chong Sin berhubung kutipan bayaran lesen perniagaan di semua PBT Johor bagi tahun 2020 dan 2021 pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-14, di Kota Iskandar, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

11 sektor ekonomi dibenar beroperasi di Johor - Utusan DigitalBaru-baru ini, timbul kekeliruan orang ramai termasuk di Johor apabila difahamkan kebenaran beroperasi bagi 11 sektor berkenaan hanya terpakai sekiranya negeri Fasa 1 PPN terbabit telah melepasi 50 peratus kadar penduduk dewasa lengkap divaksin. - UTUSAN…
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

56 ADUN Johor dapat RM8.4 juta - Utusan DigitalHasni turut mengumumkan peruntukan tambahan kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) masing-masing berjumlah RM100,000 bagi tujuan sama yang menjadikan jumlah keseluruhan RM11.1 juta. Allah Berkati Johor ❤️💙 Thank you Sir Hasni_Johor for your kind consideration
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

16 varian delta dikesan di Johor sehingga Khamis lalu - Utusan DigitalTangkak menjadi lokasi tertinggi melibatkan varian itu dengan 11 kes diikuti Segamat dua kes.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tiada 'kluster korban' di Johor sempena Aidiladha - Utusan DigitalPelaksanaan ibadah korban tahun ini dibuat dalam keadaan terkawal kerana keutamaan kita bukan sekadar keuntungan semata-mata tetapi ia meliputi nyawa manusia yang tidak boleh dipertaruhkan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

‘Guru patut jadi contoh, ambil vaksin’ - Sultan Johor - Utusan DigitalSemalam, Tunku Ismail juga menyatakan kesediaan baginda untuk berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan kumpulan guru yang dikatakan enggan menerima vaksin bagi mendapatkan maklumat selanjutnya. Ambilah vaksin, rujuk kepada doktor jika ada masalah kesihatan. Jangan jadi antivaksin. Sekarang nk masuk supermarket pun kena tunjuk sijil vaksin, nie nk masuk kawasan sekolah mesti tunjuk sijil vaksin jgk. Saper tk vaksin jgn bg masuk, bahaya cucu2 atok
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Johor komited tangani masalah pengangguran - Utusan DigitalJohor komited tangani masalah pengangguran
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »