KSN rai 50 anak asnaf dalam iftar Maksak

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Seramai 50 anak asnaf diraikan Ketua Setiausaha Negara pada Program Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia.

PUTRAJAYA: Seramai 50 orang anak asnaf diraikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali pada Program Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia.

Kesemua mereka yang didatangkan khas dari rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Puchong, Selangor diraikan beliau yang juga Yang Dipertua Maksak bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama ahli di samping menyemarakkan amalan bulan Ramadan. Berucap pada majlis tersebut, Mohd. Zuki mengingatkan hadirin agar sentiasa membudayakan konsep kepercayaan untuk berkhidmat dalam menyampaikan perkhidmatan cemerlang.

Beliau turut memaklumkan bahawa Maksak akan menganjurkan sejumlah 27 program meliputi kejohanan Sukan Maksak Malaysia selain acara berbentuk kebajikan, sosial dan kebudayaan selain memperkenalkan dua program baharu antaranya ialah Maksak Games – Berbasikal dengan mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Turut dianjurkan kata beliau, ialah Karnival Islam Maksak yang mempertandingkan acara tilawah al-Quran, daie dan dikir dakwah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines