KPI: Apa khabar wakil rakyat semua?

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 82 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 36%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KPI: Apa khabar wakil rakyat semua?

Apa khabar YB semua? Sudahkah diperiksa buku rekod perkhidmatan untuk ditunjukkan kepada rakyat di kawasan masing-masing? Sudahkah tertunai semua manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu? Adakah KPI sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat tercapai? Pernahkah dijalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas tentang prestasi dan kualiti perkhidmatan daripada rakyat? Semua pertanyaan ini perlu dijawab sebab PRU-15 semakin hampir.

Negara ini dilanda banyak krisis. Pertama, krisis kepimpinan. Penyandangan jawatan Perdana Menteri sudah bertukar tiga kali. Ia berpunca daripada gejala melompat parti yang tidak dapat dikawal. Sebabnya, tidak lagi menyokong kepimpinan yang ada. Rang undang-undang anti lompat parti belum dibentang di Parlimen. DUN Melaka dan Johor dibubar kerana isu yang sama dan pengundi perlu memberi mandat baru bagi menentukan parti politik yang boleh berkuasa.

Ketiga, isu ekonomi. Rakyat berhadapan dengan isu kenaikan harga barangan keperluan harian yang ketara. Stok barangan pula tidak menentu di pasaran hingga menyusahkan rakyat. Ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, majoriti rakyat mengalami kesukaran. Ada hilang mata pencarian, dibuang kerja, tiada pekerjaan dan sebagainya. Ini belum lagi disentuh tentang pengangguran dalam kalangan siswazah yang ada hutang perlu dibayar.

Keempat, krisis sosial dan keselamatan awam. Di merata-rata tempat, berlaku kes penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi masalah sosial seperti kecurian, pecah rumah, ragut, rompakan dan judi. Walaupun kerajaan dan agensi-agensi berkenaan sudah berusaha sebaik mungkin memerangi setiap masalah sosial ini, tetapi kadarnya tidak menunjukkan penurunan. Misalnya, kes penyalahgunaan dadah semakin banyak dan sudah mula melanda pelajar sekolah.

Jika kuasa lembut tidak berkesan, YB boleh guna kuasa keras. Ia lebih kepada ancaman. Contohnya, melompat parti jika suara tidak didengari. Atau, meletak jawatan beramai-ramai sebagai wakil rakyat hingga kerajaan yang disokong itu tumbang.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ku Li masih main ‘tarik tali’'Kalau orang itu taruh (letak) orang baharu, ada masalah integriti atau macam-macam syarat tidak memenuhi kehendak rakyat sehingga dia tak boleh menang, nak buat apa?'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Wujud polisi baharu tangani isu global - Mohd. ShafieDunia perlu bersatu untuk tampil dengan satu polisi yang memberi situasi menang-menang kepada semua pihak.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bukan semua jatuh boleh patah tulangKecederaan seperti terjatuh dan patah tulang yang melibatkan kanak-kanak menunjukkan peningkatan ketika musim perayaan kerana lebih banyak aktiviti kunjung-mengunjung dan pelancongan dilakukan pada masa tersebut.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Sempadan negara tak akan tutup kerana cacar monyetPengawasan di semua pintu masuk antarabangsa dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mencegah kemasukan virus itu ke dalam negara.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

'Dengar cerita ramai akan melompat, segerakan RUU Anti Lompat Parti'RUU Anti Lompat Parti perlu segera dibentangkan di Parlimen dengan kepentingan rakyat diletakkan sebagai keutamaan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pemain dapat RM10,000 setiap seorang, raih gangsa Sukan SEAPemain bola keranjang wanita Malaysia mungkin atlet paling bertuah apabila menikmati ganjaran RM10,000 setiap seorang hasil kejayaan
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »