Pegawai bomba Gwangju, Korea Selatan berkata, lebih 10 orang cedera, termasuk atlet asing yang menyertai kejohanan renang dunia berlangsung 12 hingga 28 Julai di bandar Gwangju.
GWANGJU: Loteng di sebuah kelab malam runtuh dalam satu kejadian pada Sabtu di bandar barat daya Gwangju, meragut 2 nyawa selain mencederakan lebih 10 orang, termasuk atlet yang menyertai Kejohanan Dunia FINA ke-18, lapor agensi berita Yonhap. Ibu Pejabat Kebakaran dan Keselamatan Gwangju berkat, kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi dan mangsa yang maut ialah warga Korea Selatan.Pegawai bomba berkata, lebih 10 orang cedera, termasuk atlet asing yang menyertai kejohanan renang dunia berlangsung 12 hingga 28 Julai itu.
Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan 9 atlet asing cedera, iaitu 4 Amerika, 2 New Zealand, masing-masing seorang dari Belanda, Itali dan Brazil. Kesemua mereka terdiri atlet polo air, kecuali Brazil, kata pihak berkuasa, dengan 6 daripadanya wanita.Pihak perbandaran Gwangju dan jawatankuasa penganjur kejohanan akan memberikan bantuan sewajarnya untuk membantu atlet yang cedera.dunia, kelab malam, gwangju, korea selatan, atlelt, lebih muatan, runtuh
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »