PUTRAJAYA: Konsep Keluarga Malaysia merupakan antara intipati yang bakal dikongsikan negara menerusi Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang berlangsung Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Idris Ahmad.
“Mereka memilih Malaysia sedangkan banyak lagi negara lain yang minta, ini kerana Malaysia dianggap sebagai contoh sebuah negara yang mengamalkan fiqh al-ta’ayush bersama masyarakat majmuk,” katanya menerusi sidang media selepas Majlis Perhimpunan Dwi-Bulanan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Pada Sabtu lalu, Idris menyambut Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dari Mekah, Arab Saudi. Dalam perkembangan berlainan, Idris menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan sebarang tawaran meragukan atau tidak logik membabitkan pakej badal haji.
Ulama yg mengetuk pintu pembesar