Ketua audit negara bimbang kerajaan guna pinjaman bayar hutang

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Hanya 29% disalurkan untuk wang pembangunan, kata Nik Azman Nik Abdul Majid. FMTNews Audit

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid kebimbangan apabila 59.9% atau RM82.723 bilion daripada Terimaan Pinjaman Baharu Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2019 digunakan untuk membayar hutang.

“Hanya sebahagian kecil sahaja iaitu 29% disalurkan untuk wang pembangunan, itu yang kita bimbang…perbelanjaan pembangunan hendaklah digunakan secara lebih produktif supaya projek yang dibiayai mempunyai kesan berganda tinggi, menjana kegiatan ekonomi dan pada masa sama, mempunyai ‘value for money’ ,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Azman berkata pada tahun kewangan 2019, antara lain, kerajaan menggunakan peruntukan pembangunan untuk membayar hutang matang 11 syarikat milik kerajaan dalam bentuk geran. “Dua daripada syarikat itu tiada projek pembangunan pun iaitu Suria Strategic Energy Resouces dan SRC International tetapi menggunakan peruntukan pembangunan,” katanya, menambah peruntukan itu sepatutnya diberikan kepada syarikat terbabit dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan yang perlu dibayar balik.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

tak apalah hutang dikurangkan bagus lah masa PH. Masa PN kita tengok tahun hadapan

Kesian. Yang paling teruk sekali SRC, tak ada pembangunan. Duit buat bayat kad kredit Najib.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.