Kes curi di kedai emas, 2 wanita diburu

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaBerang Polis giat mengesan dua wanita dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes curi di sebuah kedai emas di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan dikehendaki untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan .

"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 380 KK kerana curi dalam bangunan. "Kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rezza di talian 013-6777128 atau mana-mana balai polis berhampiran. "Polis juga mengingatkan masyarakat terutama pemilik kedai emas supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan trend kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek," katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Dah tua pun MASIH mencuri...haishhh

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.