Permohonan itu dikemukakan pada 10 Julai untuk perintah larangan bagi menyekat sebarang urusan kewangan, berjumlah AS$340,258,246.87 milik PSI dan anak syarikatnya PetroSaudi Oil Services Limited , dipegang dalam akaun Clyde & Co LLP.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima. Katanya, beliau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa wang berjumlah AS$340,258,246.87 setakat Februari 2019 yang kini disimpan dalam akaun Escrow Clyde & Co bagi pihak PSOS-VZ, adalah sebahagian daripada perkara atau bukti yang berkaitan dengan konspirasi untuk menipu yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Tarek; ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan individu lain yang ada kaitan dengan 1MDB dan anak syarikatnya.
Mohd Afiq berkata, permohonan di bawah AMLATFPUAA untuk menyekat wang itu adalah wajar sehingga mahkamah dapat menentukan secara sah sama ada wang tersebut adalah milik 1MDB.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »