Seorang petugas di KLIA memeriksa seorang penumpang sebagai langkah untuk mencegah penularan Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2020.
JUMLAH petugas Kementerian Kesihatan dan peralatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan klia2 akan ditambah bagi mengurangkan kesesakan proses saringan terhadap individu yang tiba dari Sabah. KKM menerusi Twitter memaklumkan susulan terdapat aduan kesesakan proses saringan Covid-19, menterinya Dr Adham Baba mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.Terdahulu, Dr Adham bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meninjau proses saringan Covid-19 yang dilakukan kakitangan KKM di KLIA dan klia2, awal pagi tadi.
Sementara itu, Malaysia Airports menerusi ciapan di Twitter, merakamkan penghargaan kepada Dr Adham dan Dr Noor Hisham terhadap dedikasi dan komitmen mereka bagi memastikan semua langkah keselamatan dan prosedur ujian berjalan lancar. Pada Sabtu, Dr Noor Hisham berkata bermula semalam hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid-19 serta diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah .– Bernama, 28 September, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »