Kemalangan 6 kenderaan: PLUS tutup semua lorong sebelum dibuka berperingkat

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kemalangan 6 kenderaan: PLUS tutup semua lorong sebelum dibuka berperingkat

NIBONG TEBAL: PLUS Malaysia Berhad terpaksa menutup semua lorong berhampiran lokasi kemalangan di Kilometer 164.8, Lebuhraya Utara Selatan-Bukit Minyak berhampiran Sungai Bakap arah utara, awal pagi tadi buat sementara waktu sebelum membukanya secara berperingkat-peringkat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh syarikat pengendali konsesi lebuh raya itu menerusi satu ciapan yang dibuat di laman Twitter @plustrafik, hari ini. Menurut PLUS, sehingga pukul 9.05 pagi tadi, laluan arah utara masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan tersebut dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Bandar Baharu.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan itu bagaimanapun selesai kira-kira pukul 11.41 pagi dan laluan kiri serta kanan menghala ke utara juga telah dibuka untuk semua kenderaan. Terdahulu, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi itu melibatkan enam buah kenderaan termasuk dua buah treler dan telah meragut sekurang-kurangnya satu nyawa serta mencederakan tujuh yang lain. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peserta RXZ members 5.0 maut kemalangan di LPT2CHUKAI: Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Jabor, sek...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

2 treler, 4 kereta kemalangan, seorang mautKejadian berlaku awal pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Bukit Minyak, Sungai Bakap.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Warga emas maut, tujuh cedera dalam kemalangan enam kenderaanNIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

Pemandu van maut kemalangan di SandakanSANDAKAN: Seorang pemandu van berumur 63 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Sibuga, Batu 8, di sini hari ini.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

PLUS selesai selenggara tumpahan cecair di Lebuhraya ElitePLUS menasihatkan semua operator dan pemandu kenderaan berat perdagangan untuk memastikan muatan yang dibawa stabil dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Isteri penungang p-hailing bersyukur dapat pencen penakat PerkesoBUKIT MERTAJAM: Hilang pendapatan selepas suami yang merupakan seorang penunggang p-hailing Food Panda meninggal dunia selepas kemalangan, benar-benar...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »