Datuk Richard Morais, adik bongsu mendiang Kevin yang jelas amat sedih dengan kejadian menimpa abangnya itu, malah tidak dapat menyudahkan membaca Kenyataan Impak Mangsa berikutan tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir.
Sambil menitiskan air mata, Richard semasa ditemui di luar mahkamah, berkata hukuman mati mandatori terhadap semua tertuduh memberi kelegaan kepadanya kerana mengetahui penjenayah terbabit mendapat balasan atas jenayah dilakukan mereka dan tidak akan dibenarkan kembali ke dalam masyarakat. Dalam Kenyataan Impak Mangsa itu, Richard berkata, semasa beliau melihat mayat abangnya yang remuk dan reput, beliau terus hilang pertimbangan dan menjadi histeria.
Sementara itu, Datuk Abdul Razak Musa yang dilantik sebagai Peguam Cara Negara berkuat kuasa 14 Julai depan, yang menyertai perkhidmatan undang-undang bersama-sama dengan mendiang Kevin, berkata bagi pihak Persatuan Perkhidmatan Pegawai Kehakiman dan Perundangan , beliau berpuas hati dengan keputusan itu.
"Kami akan failkan rayuan. Ini hanya bahagian pertama daripada prosesnya. Kami hormati keputusan mahkamah," katanya semasa ditemui di luar mahkamah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »