Kanak-kanak 6 tahun antara 11 maut dihempap tanah

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Jakarta: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara 11 individu dilaporkan terkorban dan puluhan yang lain masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Jawa Barat, hari ini.

Jurucakap Agensi Menyelamat Bandung, Seni Wulandari berkata, hujan lebat sejak petang semalam dipercayai antara punca kepada berlakunya runtuhan di Bandar Sumedang, yang mana menimbus penduduk di kawasan berkenaan.

"Kami masih mengira jumlah mangsa sebenar yang hilang selepas berlaku runtuhan kedua yang menghempap penduduk dan pasukan penyelamat ketika menyertai operasi mencari mangsa dalam tanah runtuh pertama," katanya. Seni berkata, setakat ini, sekurang-sekurangnya seorang mangsa ditemui selamat namun keadaannya parah.September tahun lalu, sekurang-kurangnya 11 orang juga dilaporkan maut akibat tanah runtuh di Kalimantan manakala beberapa bulan sebelumnya, puluhan mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Sulawesi.

Agensi bencana Indonesia menganggarkan seramai 125 juta rakyat negara itu atau hampir separuh populasinya tinggal di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Salam takziah dari negara tetangga..🇲🇾😞. Turut berdukacita

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines