Joyberry, Genggam satu dunia - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 85 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 37%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Komposisi lagu segar bersama produksi berpiawai tinggi meletakkan mereka sebagai antara ‘kugiran pandemik’ yang cemerlang. Mungkin keterujaan sebegini dalam lapangan kali terakhir dilihat semasa Hacktick! hadir dengan EP Dog Days Diaries pada 2018.'

TIDAK banyak kugiran yang berjaya mencuri tumpuan dalam tempoh dua tahun pandemik ini tetapi Joyberry tampil bergaya. Dengan tiga lagu yang dilancarkan berasingan, nama mereka meniti di bibir penggiat lapangan dalam lingkungan saya; baik media, kugiran mahupun penganjur gig.

Komposisi lagu segar bersama produksi berpiawai tinggi meletakkan mereka sebagai antara ‘kugiran pandemik’ yang cemerlang. Mungkin keterujaan sebegini dalam lapangan kali terakhir dilihat semasa Hacktick! hadir dengan EP Dog Days Diaries pada 2018. Namun, masih ada satu sisi ujian yang belum dilepasi sepenuhnya oleh Joyberry, iaitu persembahan langsung.Ketika menemu bual Joyberry, mereka kelihatan kesal dan mungkin sedikit malu dengan hasil kerja mereka yang terdahulu.

Jadilah seperti ibu yang setia merekod ketinggian anaknya di dinding rumah. Berbangga dengan perkembangan sendiri dan sentiasa ingat di mana kita bermula.Meneliti diskografi Joyberry, ada pertumbuhan jelas dapat dilihat, terutamanya dalam tiga lagu tunggal mereka tahun ini. Paling jelas dari sudut penerbitan dan susunan. Prospektor, Disko Kilat dan Selamanya sangat-sangat puas didengar dengan sentuhan dinamik susunan yang tidak membosankan.

Betul kita independen tetapi ia tidak bererti semua hal kita perlu buat sendiri. Joyberry membuat pilihan bijak dengan melibatkan Shaheir yang ada reputasi tersendiri, terutamanya dengan hasil kerjanya bersama Pasca Sini sebelum ini.Dalam muzik, tidak kira di peringkat industri mahupun lapangan, lagu yang sedap belum cukup menjamin kerelevanan dalam jangka masa panjang. Hal-hal di luar muzik seperti pengurusan dan pemasaran juga ada peranan besar.

Seperti yang sering kita baca di dinding sekolah, gagal merancang bererti merancang kegagalan. Maka, Joyberry perlu segera mengatur strategi untuk terus relevan dalam lapangan dan lagu-lagu mereka dapat mencapai lebih banyak telinga. Momentum yang ada ketika ini wajib dimanfaatkan segera.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Di Maria bawa Argentina hampiri Piala Dunia - Utusan DigitalArgentina yang belum tewas dalam 26 perlawanan akan meraih tiket ke Qatar jika menewaskan Brazil, Selasa ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Amukan Mbappe bawa Perancis ke Piala Dunia 2022 - Utusan DigitalPerancis, Belgium pasukan Eropah terawal mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2022 di Qatar.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Qatar Piala Dunia terakhir Neymar - Utusan Digital“Saya fikir, ini Piala Dunia terakhir, jadi saya akan melakukan segala yang termampu agar semuanya berjalan baik. Saya akan lakukan apa sahaja untuk menang bersama negara saya dan memenuhi impian sejak kecil.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pengalaman berharga buat pelumba muda | Harian Metropemotoran valencia Biarpun gagal menamatkan saingan Siri Dunia MiniGP 2021 yang menutup tirai di Litar Valencia semalam di kedudukan podium, namun penyertaan pelumba negara menjadi satu pengalaman yang amat bermakna.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Jumlah mangsa banjir semakin menurun di Kedah - Utusan DigitalKetua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, setakat hari ini, dua daerah iaitu Pendang dan Kubang Pasu masih terjejas. ANGGOTA APM Kedah membantu mangsa banjir pulang ke rumah selepas banjir mulai surut di Kampung Banggol Besi, Pendang hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bapa pilu pegang tangan anak sebelum ajal - Utusan DigitalAzman Awang berkata, hatinya pilu melihat keadaan Muhammad Adif Danial, 10, berlumuran darah dengan kaki yang sudah hancur akibat kemalangan itu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »