Jiran pernah bergaduh sebelum kejadian maut ditetak - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Suspek tidak suka anak si mati datang ke rumahnya lalu bertindak menampar kanak-kanak itu.'

BERUAS: Dua jiran yang bergaduh sehingga seorang daripadanya maut ditetak di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini, kelmarin didapati tidak mempunyai hubungan baik dan pernah bergaduh sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek juga tidak suka anak lelaki mangsa datang ke rumahnya bermain dengan anak suspek tersebut.“Suspek tidak suka anak si mati datang ke rumahnya lalu bertindak menampar kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam, seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menampar anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang di kepala dan kakinya. Berikutan itu, suspek yang juga berusia 40-an ditahan di tempat kejadian dan direman selama tujuh hari sehingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Nor Omar, semakan pihak polis mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah dan satu kes jenayah.Jelasnya lagi, bedah siasat mangsa bagi mengetahui punca sebenar kematian dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, petang ini. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sindiket jual sijil digital vaksin palsu dalam media sosial disiasat - Utusan DigitalKetua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis tersebut diterima pada pukul 9.44 malam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Manfaat blog untuk pemasaran digital - Utusan DigitalManfaat blog untuk pemasaran digital
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

‘Mana kami nak cekau?’ - Penggiat seni - Utusan Digital‘Mana kami nak cekau?’ – Penggiat seni jual serbuk ajinomoto dalam straw jela
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Akibat kekurangan pemandu trak, tentera bantu edar stok ke pasar raya - Utusan DigitalBritain dianggarkan mengalami kekurangan pemandu trak sebanyak 100,000 orang
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

CPD minimum sifar bagi pembaharuan sijil pengamal perubatan - Utusan DigitalSebelum ini, salah satu kriteria permohonan bagi Sijil Perakuan Amalan Tahunan memerlukan CPD minimum 20 selaras dengan Peraturan 28(2)(b) Peraturan-Peraturan Perubatan 2017.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tengku Azlan letak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Temerloh, kembali ke pangkuan UMNO - Utusan DigitalMembuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin parti keramat itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »