'Jika tak capai sasaran kutipan, gaji penjaga mesin judi dikurang'

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

serdang Kedai mesin judi yang baru beroperasi seminggu lalu di Jalan Kenari 3, Puchong, di sini, diserbu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini.

Serbuan dilakukan pada 6.50 petang selepas MBSJ menerima aduan melalui emel berkaitan kegiatan premis terbabit sebelum menyerbu kedai mesin judi itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, dua penjaga lelaki warga Indonesia dan Myanmar bersama pemain membabitkan dua lelaki warga Bangladesh serta tujuh lelaki tempatan berusia 26 hingga 71 tahun ditahan."Siasatan mendapati premis ini baru beroperasi seminggu lalu bermula 10 pagi hingga 8 malam.

"Kebanyakan pengunjung adalah warga tempatan dan warga asing dengan penjaga dijanjikan upah RM1,000 sebulan," katanya. Razali berkata, menurut penjaga terbabit, keuntungan harian diperoleh antara RM2,000 hingga RM3,000 sehari dan jika sasaran itu tidak dicapai, gaji penjaga akan dikurangkan."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen4 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ," katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.