MIAMI: Jessica Korda menyempurnakan birdie putt dari jarak 30 kaki pada lubang pertama playoff untuk menewaskan rakan senegara, Danielle Kang dan merangkul Kejuaraan Golf Juara-Juara LPGA hari ini.
Pemain Amerika Syarikat itu yang mencatat 60 pukulan di pusingan ketiga semalam, mencatat lima bawah par 66 di hari terakhir. Jessica mengheret pemain No. 5 dunia, Danielle ke playoff selepas berkongsi kedudukan pendahulu dengan mengumpul 24 bawah par 260.Jessica, 27, pemain No. 23 dunia turut menumpaskan adiknya, Nelly, 22, pemain No. 4 dunia ke tangga ketiga.“Ia hari yang gila..Dua hari yang menakjubkan, minggu yang betul-betul gila,” kata Jessica.
Ini gelaran LPGA keenam buat Jessica, namun yang pertama sejak menjuarai LPGA Honda Thailand pada Februari 2018. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.